Saturday, March 4, 2017

Oku Hensem Nak Cari Jodoh!

    
     Bila melihat tajuk artikel nampak seperti gempak. Mestilah kena gempak sikit, kalau aku tulis Oku nak cari jodoh tentu sahaja ramai perempuan akan reject. Bila sebut Oku tentu kebanyakan orang akan memberi perspepsi yang negatif seolah-olah mereka yang Oku itu semua serba-serbi kurang. Itulah silapnya pandangan mereka. Di sebalik kekurangan seorang Oku, pasti ada kelebihan yang lain pada mereka. Silap-silap insan yang sempurna pun belum tentu dapat menandingi kelebihan yang dimiliki mereka.


Siapa Oku hensem yang nak cari jodoh nie? Akulah siapa lagi. Hensem ke? Tak tahulah nak cakap, perempuan yang melihatnya mereka akan lebih tahu. Gambarnya mana? Buat masa ini gambar aku tak dapat didedahkan, mereka yang menepati kriteria yang ditetapkan aku sahaja berpeluang untuk melihat gambar aku nanti. Tanpa membuang masa, aku senaraikan biodata aku kat bawah ini, perempuan yang tengah mencari jodoh boleh melihatnya, manalah tahu kalau-kalau aku adalah jodoh mereka. Biodata aku kat bawah ini mungkin agak kurang lengkap untuk mengenali aku, jadi kalau nak lebih mengenali aku dengan lebih lagi, bacalah kesemua artikel yang aku tulis.

Nama: Cukuplah kenal aku dengan nama Mohd buat masa ini.

Umur: 40 tahun (sebelum ini aku memang tak bercadang untuk mencari jodohku tetapi sekarang barulah aku berubah fikaran untuk mencari jodohku. Nak tahu sebab apa, nanti aku ceritakan di artikel akan datang).

Tinggi: 170 cm

Berat: 55 kg

Negeri Asal: Pulau Pinang

Negeri Sekarang: Pulau Pinang

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda

Pekerjaan:

Sekarang aku tak bekerja tetapi aku menerima duit daripada Sosco dan JKM hampir seribu setengah setiap bulan. Untuk mengisi masa lapang aku, aku mengajar mengaji al-quran kepada budak-budak sekadar mencari pahala akhirat.

Aset:

Aku mempunyai kereta myvi yang dah habis bayar dan rumah semi-D yang disewakan pada orang. Perancangan akan datang, aku nak jual rumah ini untuk beli tanah dan buat rumah. Selain itu, aku ada juga duit simpanan.

Hutang:

Selepas jual rumah nanti, aku nak selesaikan hutang Ptptn. Selepas hutang ptptn selesai aku tak ada sebarang hutang lagi. Insyaallah selewat-lewatnya tahun ini semua akan selesai dan ini yang aku tunggu-tunggu selama ini untuk hidup dengan bebas daripada sebarang hutang. Insyallah!

Perancangan Akan Datang:

Nak hidup secara sederhana dengan bakal isteriku. Ada kereta, ada tanah dan rumah sendiri, begitu juga duit untuk perbelanjaan setiap bulan tanpa perlu bekerja.

Ciri aku:

Aku hanya seorang oku berkerusi roda tetapi dari segi kesihatan aku sihat dan tiada sebarang penyakit lain yang serius. Di rumah aku mampu menguruskan diriku sendiri.

Aku seorang yang pentingkan agama dan sekarang aku tengah berusaha untuk upgrade diriku menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Aku seorang berjimat cermat dan tak boros dalam berbelanja (kerana itu aku jarang menghadapi masalah kewangan dan aku tak suka berhutang dengan orang).

Aku seorang yang prihatin, peka dan mengambil berat dengan keadaan di sekeliling.

Aku seorang yang suka hidup bersistematik dan berperaturan (tak suka hidup dengan sambil lewa seperti kebanyakan lelaki).

Aku seorang yang pendiam dengan mereka yang tak kenal tetapi kenapa mereka yang kenal pandai juga berbicara.

Aku seorang yang suka dengan suasana yang tenang dan damai.

Aku seorang yang jujur, ikhlas, amanah dan boleh dipercayai.

Aku seorang pemerhati yang baik. Aku suka melihat kehidupan orang lain dan aku belajar melaluinya supaya aku melalui kehidupan yang lebih baik daripada kebanyakan orang.

Kadang-kadang aku suka melawak juga.

Apa lagi ya. Kalau nak tahu lagi kenali aku secara dekat. Ramai perempuan kata susahnya nak mencari lelaki yang baik di dunia ini. Sekarang aku beritahu disini, aku seorang lelaki yang baik. Dari segi sikap, akhlak dan cara hidup, insyallah aku seorang lelaki yang baik, cuma aku ada kekurangan. Kalau perempuan tak memandang kekurangan yang ada pada diriku itu, mereka akan dapati terdapat banyak kelebihan lain yang ada padaku, yang mungkin tak ada kepada kebanyakan lelaki yang sempurna.

Pasangan Yang Dikehendaki.

Walaupun aku seorang oku, itu tak bermakna aku ambil mudah dengan hidup dan suka tangkap muat. Apa pun permintaanku tak lah banyak mana, hanya yang biasa-biasa sahaja. Memandangkan aku kurus orangnya, jadi aku lebih sesuai dengan perempuan yang kurus tubuh badannya. Dari segi rupa aku tak berapa kisah, yang penting bila aku melihatnya aku ada rasa (nak ada rasa tak semestinya perempuan itu perlu cantik, sederhana dah memadai). Umur perempuan adalah bawah 35 tahun. Lagi, tentulah aku nak perempuan itu mempunyai akhlak dan sikap yang mulia. Tahu menjaga batas-batas pergaulan, kalau setakat keluar dengan lelaki boleh dimaafkan tetapi kalau dah sampai pegang-pegang, ringan-ringan dan berat-berat, silalah mencari lelaki lain yang lebih sesuai. Yang lain, dia mestilah tak pandang rendah pada aku, terima segala kekurangan yang ada padaku dan hormatkan aku sekiranya aku bakal suaminya nanti. Itu sahaja permintaanku.

Kepada mana-mana perempuan yang berminat untuk mengenaliku, sila hantar biodata anda seperti nama, umur, tinggi, berat, negeri asal, negeri sekarang, pendidikan, pekerjaan, tiada masalah berpindah, ada masalah berpindah, umur bapa, umur ibu, jumlah adik-beradik serta gambar anda ke email insanluarbiasaa@gmail.com . Selepas itu kita akan melalui proses taaruf.

2 comments: